Ulasan Artikel ~ 6



  • Artikel ini bertajuk "Covergence Of Voice And Data Telecommunications Transmissions"
  • Artikel ini membicara dengan lebih lanjut tentang kajian terhadap pertumbuhan dan perkembangan syarikat komunikasi serta perubahan yang telah menjejaskan perkhidmatan telemunikasi kini berbanding pada masa dahulu.
  • Penggunaan telefon pada masa dahulu hanya terhad kepada golongan elit dan bangsawan sahaja. Ini kerana kos pemasangan yang sangat tinggi. Tetapi sejak syarikat telekomunikasi diwujudkan, lebih ramai masyarakat ini memiliki bagi memudahkan komunikasi antara mereka.
  • Sementara itu harga yang ditawarkan berpatutan bagi masyarakat yang berminat. Malah terdapat pelbagai rekabentuk telefon dengan fungsi tertentu yang istimewa jika dibandingkan dengan dahulu. Keadaan ini menyebabkan semua syarikat telekomunikasi perlu bersaing antara satu sama lain bagi memenangi hati pengguna disamping meningkatkan perkhidmatan agar mereka tidak berubah arah.
  • Terkini, perubahan yang amat membanggakan adalah apabila syarikat telekomunikasi berupaya menghasilkan telefon tanpa wayar dan kemunculan internet yang dapat mengakses maklumat dengan cepat dan mudah .Bukan itu sahaja , malah kini projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mula diperkenalkan kepada umum.
  • Dengan teknologi ini semua urusan dapat dijalankan secara maya tanpa perlu bersusah payah kesana sini. Contohnya jika ingin membeli barang dipasaraya, hanya perlu memesan, membuat bayaran on-line dan pesanan akan sampai dalam tempoh tertentu.
  • Di Malaysia teknologi ini menjadi kebanggan kepada Telekom Malaysia selaku syarikat telekomunikasi utama negara. Ia mendapat persaingan hebat daripada beberapa syarikat lain seperti Maxis, Digi, Tune dan sebagainya.
  • Pertumbuhan pesat dalam Infrastruktur Telcom berlaku apabila komunikasi wayarless dicipta. Kepesatan ini menyebabkan satu lagi perubahan berlaku apabila telefon sel atau lebih dikenali sebagai telefon bimbit dicipta dengan rekabentuknya yang pelbagai dan lebih keci dan ringgan untuk pelbagai kegunaan.
  • System telefon ini juga ada yang disertakan dengan rangkaian internet bagi membolehkan masyarakat dapat mengakses dengan mudah dimana sahaja mereka berada. Selain itu terdapat pelbagai sistem yang berbeza-beza bagi digunakan untuk tujuan yang berlainan.
  • Teknologi telekomunikasi seperti televisyen juga seperti telefon. Persaingannya juga hebat. Teknologi televisyen ini telah direka bagi meningkatkan mutu penyampaian dan komunikasi agar lebih berkesan.
  • Apa yang dapat disimpulakan , teknologi komunikasi ini akan berubah seiring dengan peredaran zaman . Perubahan yang berlaku juga akan turut dirasai oleh masyarakat dunia .Kemunculan teknologi-teknologi komunikasi yang baru menyebabkan banyak perubahan terhadap masyarakat ,malah dengan adanya teknologi komunikasi yang serba canggih ini juga membantu masyarakat mendapatkan informasi dan maklumat dengan cepat dan mudah .

0 comments:

Post a Comment

HASLIZA

HASLIZA

TENTANGKU

Just call me liza, seorang yag simple, happy person, friendly, charitable, independent and also kind. Tapi kebanyakan orang yang first time kenal aku mesti ckp aku sombong..nape yer? apa2 jer lah..itukan persepsi orang..tapi yang pastinya jika xkenal maka xcinta hehehe ;-)