- Artikel ini bertajuk “Communication technology keeps getting in the way of communication!”
- Artikel ini di tulis oleh Helen Wilkie,yang mengulas tentang toknologi komunikasi yang sesuai digunakan agar proses kominikasi itu dapat berjalan dgn lancar.
- Seperti yang telah tercatat dalam sejarah, ramai sedia maklum Alexander Graham Bell merupakan pencipta telefon yang pertama dan penciptaan beliau telah membawa perubahan yang ketara dalam sistem komunikasi didunia. Selepas penciptaan itu lebih banyak teknologi dicipta seperti telegraf, tv, radio dan sebagainya. Tetapi telefon tetap menjadi pilihan ramai bagi berinteraksi sesama mereka.
- Ini adalah kerana telefon dilihat lebih efisyen berbanding teknologi yang lain. Buktinya apabila email dicipta sebagai pengganti telefon, sambutan yang diterima terhadap teknologi ini sangat buruk dan tidak membanggakan. Ternyata teknologi ini tidak efektif.
- Hal ini adalah kerana penggunaan email tidak dapat menggambarkan kemesraan antara satu sama lain seperti yang terjadi jika menggunakan telefon. Kita juga tidak dapat mendengar apakah reaksi seseorang itu apabila mendapat email. Malah ia mengambil masa yang lama utk diterima oleh penerima.
- Tetapi melalui telefon, walaupun kita tidak dapat bersemuka namun kita masih boleh mendengar suara si pendengar mengenai mesej yang telah kita sampaikan. Malah intonasi suara yang digunakan juga sudah cukup untuk menggambarkan keadaan seseorang. Inilah kuasa atau kelebihan komunikasi kerana tanpa dapat berdepan juga mesej dapat disampaikan dgn baik jika bijak memilih saluran komunikasi.
- Teknologi ini diciptakan bagi memudahkan komunikasi dan urusan harian. Disamping menjimatkan masa dan kos, mesej dapat dihantar dengan cepat. Tetapi ada pengguna yang telah menyalahgunakan teknologi ini. Helen Wilkie juga ada berkata, 'technology is not the problem-the user is' memang tepat sangkaanya.
- Ini juga disebabkan oleh tiada pengawasan penggunaan teknologi dikalangan remaja terutamanya penggunaan internet yang paling mendapat perhatian kerana dengan perkhidmatan ini mereka mampu meneroka kesetiap pelusuk dunia tanpa sebarang halangan.
- Tapi ini semua tidak akan menjadi masalah jika mereka dapat membezakan antara yang baik dan buruk, yang penting dan tidak penting dan sebagainya yang boleh dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Jadi yang pastinya sekarang masalahnya adalah bukan terletak kepada teknologi itu tetapi kepada individu itu sendiri.
- Apa yang dapat disimpulkan berdasarkan artikel ini adalah, teknologi komunikasi seperti telefon telah membawa banyak kebaikan kepada masyarakat namun keburukan yang berlaku juga dicipta oleh masyarakat itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment