- Artikel ini bertajuk "Facilitating Long Distance Relationship Between Malaysian Grandparent And Grandchildren Living In The UK Through Computer Mediated Communication "
- Berdasarkan artikel ini, apa yg cuba disampaikan adalah mengenai pengenalan kepada kajian GP-GC. Mengikut artikel ini kajian yang dijalankan turut melibatkan keperluan social selepas keperluan psikologi dan keselamatan dipenuhi.
- Ia turut melibatkan emosi dan asas perhubungan seperti persahabatan, intimasi seksual atau mendapat sokongan serta komunikasi yang berkesan daripada keluarga. Orang yang berusia lebih menerima kesannya dalam kontek kehidupan sosial yang dinyatakan. Antara sebab utama kegagalan dalam jaringan sosial dan komunikasi adalah untuk mencari perhubungan baru.
- Walaubagaimanapun di Malaysia juga ada satu kajian GP-GC yang menfokuskan apa yang digunakan dalam tempoh 2 generasi ini. Umumnya populasi rakyat Malaysia adalah besar dengan pecahan mengikut tahun seperti kumpulan etnik 63% bumi, Cina 24%, India 7% dan lain-lain 1%, 5% bukan warganegara.
- Untuk memahami konsep GP-GC yang mempunyai pelbagai perhubungan, factor pe0rsekitaran perlu diambil kira dan difahami bagi memenuhi keperluan 2 generasi ini. Satu perbezaan utama dalam model yang dicadangkan dalam kajian 2 kumpulan ini ialah, apabila fokus utama ke atas stereotaip negatif oleh generasi muda kepada generasi tua, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira dari segi komunikasi seperti perhubungan sosial mahupun positif dan negatif.
- Berdasarkan statistik pelajar Malaysia di UK dan Ireland sejak 2000-2005, UK dan Ireland mendapat tempat dihati para pelajar bagi melanjutkan pelajaran dan diikuti oleh US dan Australia. Walaubagaimana carta menunjukkan jumlah pelajar di UK dan Ireland merosot pada tahun 2002 kepada 28%. Tetapi pada tahun 2004 jumlah pelajar Malaysia yang belajar di UK mula meningkat kembali dengan anggaran sebanyak 15189.
- Para penyelidik percaya jumlah rakyat Malaysia yang memilih untuk belajar di Luar Negara akan meningkat selepas MOHE menyasarkan sekurang-kurangnya 75%, pensyarah di IPTA bertaraf Doktor Falsafah manakala 30% pensyarah di Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia perlu meningkatkan pencapaian bagi menaikan mutu pendidikan di Malaysia.
- Di UK, ICT mula didedahkan kepada kanak-kanak seawal 5 tahun. Dianggarkan 13.9 juta isirumah di Britain boleh mengakses internet dari rumah dengan majoritinya menggunakan broadband. Masa yang sama ramai anak muda memperuntukkan masa bermain permainan komputer berbanding dengan anak muda yang matang.
- Oleh itu ibubapa harus memberi dorongan kepada anak-anak agar meluangkan lebih masa bersama GP terutamanya yang berada jauh. Ibubapa juga perlu mendidik anak-anak muda adab menjaga hubungan dengan orang yang lebih tua. Ini kerana orang yang lebih tua banyak memberi sumbangan kepada keluarga seperti mengambil berat terhadap cucu dan cicit bagi memelihara keturunan mereka.
- Pelbagai jaringan media disediakan mengikut keperluan sesuatu komunikasi. kajian GP dari 4 negara Eropah menunjukkan penduduknya apabila hidup berjauhan mereka sanggup menggunakan pengantara komunikasi seperti telefon bimbit, telesidang,skype,email dan sebagainya bagi berhubung antara satu sama lain.Ini juga bergantung kepada keperluan dan kehendak individu itu sendiri. Video merupakan salah satu pengantara yang disyorkan untuk perhubungan jarak jauh, contohnya Yahoo Messenger Windows Live Messenger boleh dimuat turun untuk mesej segera. Tapi terdapat banyak kekurangan dan kelebihan apabila berkomunikasi melaui video tetapi ainya menjadi kebiasaan di masa depan.
- Berdasarkan artikel ini, apa yang dapat saya rumuskan ialah kehidupan kita semakin moden dan perjalanan hidup di Malaysia juga berubah. Keluarga bertambah kecil. Bagaimanapun corak kehidupan akan berubah kerana berdasarkan kajiselidik yang telah dijalankan, 56% orang tua Malaysia tidak mempunyai rancangan untuk berpindah .Mereka lebih gemar tinggal di rumah sendiri dengan persekitaran selesa untuk beristirehat tanpa sebarang gangguan.
0 comments:
Post a Comment