Ulasan Artikel ~ 4

sekarang dah maju.guna papan putih interaktif...
Add Image

guna papan putih & marker pen

dulu-dulu guna kapur..


  • Artikel ini bertajuk "The Digital Ages of Man".
  • Apa yang saya faham daripada artikel ini adalah mengenai keadaan guru dan pelajar yang banyak perbezaan dalam semua aspek.
  • Para pelajar pada zaman ini merupakan generasi yang "Celik IT" kerana mereka mampu meneroka teknologi yang diperkenalkan tanpa perlu pendidikan yang formal .Tapi dalam proses pembelajaran, kaedah pengajaran yang digunakan masih lagi ditakuk lama.Namun, walau apa pun cara pengajaran yang diguna pakai pada ketika ini, perkhidmatan guru masih lagi diperlukan sebagai pendidik kepada generasi baru.
  • Generasi sekarang lebih dikenali sebagai generasi Y atau generasi millennium yang telah didedahkan dengan pelbagai teknologi. Buktinya sejak kebelakangan ini sudah ramai diantara generasi ini telah mampu mempunyai telefon bimbit , komputer dan banyak lagi gajet lain yang berada dipasar bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka sama ada untuk bersosial atau sebaliknya.
  • Mereka juga mepunyai akaun-akaun laman web sosial sendiri seperti facebook, friendster, my-space dan lain-lain untuk berinteraksi sesama kawan-kawan diseluruh dunia.
  • Hal ini memperlihatkan bahawa generasi sekarang tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuk menikmati dan mengejar teknologi yang terkini.
  • Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, para pendidik perlu melakukan perubahan mengenai cara pengajaran agar penyampaian lebih berkesan.
  • E-learning, portal pendidikan, learning care dan sebagainya dilihat sebagai satu transformasi dalam bidang pendidikan.Selain itu juga, teknologi komunikasi yang berkesan juga mampu untuk menarik minat para pelajar bagi terus menimba ilmu pengatehuan.
  • Pembelajaran seperti pembelajaran interaktif perlu diterapkan untuk menarik para pelajar agar lebih meminati pelajaran yang diajar oleh guru.
  • Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan artikel ini adalah para pendidik dan pelajar perlu begerak seiring agar proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar seiring dengan matlamat pendidikan negara.

0 comments:

Post a Comment

HASLIZA

HASLIZA

TENTANGKU

Just call me liza, seorang yag simple, happy person, friendly, charitable, independent and also kind. Tapi kebanyakan orang yang first time kenal aku mesti ckp aku sombong..nape yer? apa2 jer lah..itukan persepsi orang..tapi yang pastinya jika xkenal maka xcinta hehehe ;-)