- Artikel ini bertajuk "Covergence Of Voice And Data Telecommunications Transmissions"
- Artikel ini membicara dengan lebih lanjut tentang kajian terhadap pertumbuhan dan perkembangan syarikat komunikasi serta perubahan yang telah menjejaskan perkhidmatan telemunikasi kini berbanding pada masa dahulu.
- Penggunaan telefon pada masa dahulu hanya terhad kepada golongan elit dan bangsawan sahaja. Ini kerana kos pemasangan yang sangat tinggi. Tetapi sejak syarikat telekomunikasi diwujudkan, lebih ramai masyarakat ini memiliki bagi memudahkan komunikasi antara mereka.
- Sementara itu harga yang ditawarkan berpatutan bagi masyarakat yang berminat. Malah terdapat pelbagai rekabentuk telefon dengan fungsi tertentu yang istimewa jika dibandingkan dengan dahulu. Keadaan ini menyebabkan semua syarikat telekomunikasi perlu bersaing antara satu sama lain bagi memenangi hati pengguna disamping meningkatkan perkhidmatan agar mereka tidak berubah arah.
- Terkini, perubahan yang amat membanggakan adalah apabila syarikat telekomunikasi berupaya menghasilkan telefon tanpa wayar dan kemunculan internet yang dapat mengakses maklumat dengan cepat dan mudah .Bukan itu sahaja , malah kini projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mula diperkenalkan kepada umum.
- Dengan teknologi ini semua urusan dapat dijalankan secara maya tanpa perlu bersusah payah kesana sini. Contohnya jika ingin membeli barang dipasaraya, hanya perlu memesan, membuat bayaran on-line dan pesanan akan sampai dalam tempoh tertentu.
- Di Malaysia teknologi ini menjadi kebanggan kepada Telekom Malaysia selaku syarikat telekomunikasi utama negara. Ia mendapat persaingan hebat daripada beberapa syarikat lain seperti Maxis, Digi, Tune dan sebagainya.
- Pertumbuhan pesat dalam Infrastruktur Telcom berlaku apabila komunikasi wayarless dicipta. Kepesatan ini menyebabkan satu lagi perubahan berlaku apabila telefon sel atau lebih dikenali sebagai telefon bimbit dicipta dengan rekabentuknya yang pelbagai dan lebih keci dan ringgan untuk pelbagai kegunaan.
- System telefon ini juga ada yang disertakan dengan rangkaian internet bagi membolehkan masyarakat dapat mengakses dengan mudah dimana sahaja mereka berada. Selain itu terdapat pelbagai sistem yang berbeza-beza bagi digunakan untuk tujuan yang berlainan.
- Teknologi telekomunikasi seperti televisyen juga seperti telefon. Persaingannya juga hebat. Teknologi televisyen ini telah direka bagi meningkatkan mutu penyampaian dan komunikasi agar lebih berkesan.
- Apa yang dapat disimpulakan , teknologi komunikasi ini akan berubah seiring dengan peredaran zaman . Perubahan yang berlaku juga akan turut dirasai oleh masyarakat dunia .Kemunculan teknologi-teknologi komunikasi yang baru menyebabkan banyak perubahan terhadap masyarakat ,malah dengan adanya teknologi komunikasi yang serba canggih ini juga membantu masyarakat mendapatkan informasi dan maklumat dengan cepat dan mudah .
Ulasan Artikel ~ 6
Ulasan Artikel ~ 5
- Artikel ini bertajuk “Communication technology keeps getting in the way of communication!”
- Artikel ini di tulis oleh Helen Wilkie,yang mengulas tentang toknologi komunikasi yang sesuai digunakan agar proses kominikasi itu dapat berjalan dgn lancar.
- Seperti yang telah tercatat dalam sejarah, ramai sedia maklum Alexander Graham Bell merupakan pencipta telefon yang pertama dan penciptaan beliau telah membawa perubahan yang ketara dalam sistem komunikasi didunia. Selepas penciptaan itu lebih banyak teknologi dicipta seperti telegraf, tv, radio dan sebagainya. Tetapi telefon tetap menjadi pilihan ramai bagi berinteraksi sesama mereka.
- Ini adalah kerana telefon dilihat lebih efisyen berbanding teknologi yang lain. Buktinya apabila email dicipta sebagai pengganti telefon, sambutan yang diterima terhadap teknologi ini sangat buruk dan tidak membanggakan. Ternyata teknologi ini tidak efektif.
- Hal ini adalah kerana penggunaan email tidak dapat menggambarkan kemesraan antara satu sama lain seperti yang terjadi jika menggunakan telefon. Kita juga tidak dapat mendengar apakah reaksi seseorang itu apabila mendapat email. Malah ia mengambil masa yang lama utk diterima oleh penerima.
- Tetapi melalui telefon, walaupun kita tidak dapat bersemuka namun kita masih boleh mendengar suara si pendengar mengenai mesej yang telah kita sampaikan. Malah intonasi suara yang digunakan juga sudah cukup untuk menggambarkan keadaan seseorang. Inilah kuasa atau kelebihan komunikasi kerana tanpa dapat berdepan juga mesej dapat disampaikan dgn baik jika bijak memilih saluran komunikasi.
- Teknologi ini diciptakan bagi memudahkan komunikasi dan urusan harian. Disamping menjimatkan masa dan kos, mesej dapat dihantar dengan cepat. Tetapi ada pengguna yang telah menyalahgunakan teknologi ini. Helen Wilkie juga ada berkata, 'technology is not the problem-the user is' memang tepat sangkaanya.
- Ini juga disebabkan oleh tiada pengawasan penggunaan teknologi dikalangan remaja terutamanya penggunaan internet yang paling mendapat perhatian kerana dengan perkhidmatan ini mereka mampu meneroka kesetiap pelusuk dunia tanpa sebarang halangan.
- Tapi ini semua tidak akan menjadi masalah jika mereka dapat membezakan antara yang baik dan buruk, yang penting dan tidak penting dan sebagainya yang boleh dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Jadi yang pastinya sekarang masalahnya adalah bukan terletak kepada teknologi itu tetapi kepada individu itu sendiri.
- Apa yang dapat disimpulkan berdasarkan artikel ini adalah, teknologi komunikasi seperti telefon telah membawa banyak kebaikan kepada masyarakat namun keburukan yang berlaku juga dicipta oleh masyarakat itu sendiri.
Ulasan Artikel ~ 4
sekarang dah maju.guna papan putih interaktif...
guna papan putih & marker pen dulu-dulu guna kapur..
- Artikel ini bertajuk "The Digital Ages of Man".
- Apa yang saya faham daripada artikel ini adalah mengenai keadaan guru dan pelajar yang banyak perbezaan dalam semua aspek.
- Para pelajar pada zaman ini merupakan generasi yang "Celik IT" kerana mereka mampu meneroka teknologi yang diperkenalkan tanpa perlu pendidikan yang formal .Tapi dalam proses pembelajaran, kaedah pengajaran yang digunakan masih lagi ditakuk lama.Namun, walau apa pun cara pengajaran yang diguna pakai pada ketika ini, perkhidmatan guru masih lagi diperlukan sebagai pendidik kepada generasi baru.
- Generasi sekarang lebih dikenali sebagai generasi Y atau generasi millennium yang telah didedahkan dengan pelbagai teknologi. Buktinya sejak kebelakangan ini sudah ramai diantara generasi ini telah mampu mempunyai telefon bimbit , komputer dan banyak lagi gajet lain yang berada dipasar bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka sama ada untuk bersosial atau sebaliknya.
- Mereka juga mepunyai akaun-akaun laman web sosial sendiri seperti facebook, friendster, my-space dan lain-lain untuk berinteraksi sesama kawan-kawan diseluruh dunia.
- Hal ini memperlihatkan bahawa generasi sekarang tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuk menikmati dan mengejar teknologi yang terkini.
- Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, para pendidik perlu melakukan perubahan mengenai cara pengajaran agar penyampaian lebih berkesan.
- E-learning, portal pendidikan, learning care dan sebagainya dilihat sebagai satu transformasi dalam bidang pendidikan.Selain itu juga, teknologi komunikasi yang berkesan juga mampu untuk menarik minat para pelajar bagi terus menimba ilmu pengatehuan.
- Pembelajaran seperti pembelajaran interaktif perlu diterapkan untuk menarik para pelajar agar lebih meminati pelajaran yang diajar oleh guru.
- Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan artikel ini adalah para pendidik dan pelajar perlu begerak seiring agar proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar seiring dengan matlamat pendidikan negara.
Ulasan Artikel ~ 3
- Artikel ini bertajuk "Facilitating Long Distance Relationship Between Malaysian Grandparent And Grandchildren Living In The UK Through Computer Mediated Communication "
- Berdasarkan artikel ini, apa yg cuba disampaikan adalah mengenai pengenalan kepada kajian GP-GC. Mengikut artikel ini kajian yang dijalankan turut melibatkan keperluan social selepas keperluan psikologi dan keselamatan dipenuhi.
- Ia turut melibatkan emosi dan asas perhubungan seperti persahabatan, intimasi seksual atau mendapat sokongan serta komunikasi yang berkesan daripada keluarga. Orang yang berusia lebih menerima kesannya dalam kontek kehidupan sosial yang dinyatakan. Antara sebab utama kegagalan dalam jaringan sosial dan komunikasi adalah untuk mencari perhubungan baru.
- Walaubagaimanapun di Malaysia juga ada satu kajian GP-GC yang menfokuskan apa yang digunakan dalam tempoh 2 generasi ini. Umumnya populasi rakyat Malaysia adalah besar dengan pecahan mengikut tahun seperti kumpulan etnik 63% bumi, Cina 24%, India 7% dan lain-lain 1%, 5% bukan warganegara.
- Untuk memahami konsep GP-GC yang mempunyai pelbagai perhubungan, factor pe0rsekitaran perlu diambil kira dan difahami bagi memenuhi keperluan 2 generasi ini. Satu perbezaan utama dalam model yang dicadangkan dalam kajian 2 kumpulan ini ialah, apabila fokus utama ke atas stereotaip negatif oleh generasi muda kepada generasi tua, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira dari segi komunikasi seperti perhubungan sosial mahupun positif dan negatif.
- Berdasarkan statistik pelajar Malaysia di UK dan Ireland sejak 2000-2005, UK dan Ireland mendapat tempat dihati para pelajar bagi melanjutkan pelajaran dan diikuti oleh US dan Australia. Walaubagaimana carta menunjukkan jumlah pelajar di UK dan Ireland merosot pada tahun 2002 kepada 28%. Tetapi pada tahun 2004 jumlah pelajar Malaysia yang belajar di UK mula meningkat kembali dengan anggaran sebanyak 15189.
- Para penyelidik percaya jumlah rakyat Malaysia yang memilih untuk belajar di Luar Negara akan meningkat selepas MOHE menyasarkan sekurang-kurangnya 75%, pensyarah di IPTA bertaraf Doktor Falsafah manakala 30% pensyarah di Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia perlu meningkatkan pencapaian bagi menaikan mutu pendidikan di Malaysia.
- Di UK, ICT mula didedahkan kepada kanak-kanak seawal 5 tahun. Dianggarkan 13.9 juta isirumah di Britain boleh mengakses internet dari rumah dengan majoritinya menggunakan broadband. Masa yang sama ramai anak muda memperuntukkan masa bermain permainan komputer berbanding dengan anak muda yang matang.
- Oleh itu ibubapa harus memberi dorongan kepada anak-anak agar meluangkan lebih masa bersama GP terutamanya yang berada jauh. Ibubapa juga perlu mendidik anak-anak muda adab menjaga hubungan dengan orang yang lebih tua. Ini kerana orang yang lebih tua banyak memberi sumbangan kepada keluarga seperti mengambil berat terhadap cucu dan cicit bagi memelihara keturunan mereka.
- Pelbagai jaringan media disediakan mengikut keperluan sesuatu komunikasi. kajian GP dari 4 negara Eropah menunjukkan penduduknya apabila hidup berjauhan mereka sanggup menggunakan pengantara komunikasi seperti telefon bimbit, telesidang,skype,email dan sebagainya bagi berhubung antara satu sama lain.Ini juga bergantung kepada keperluan dan kehendak individu itu sendiri. Video merupakan salah satu pengantara yang disyorkan untuk perhubungan jarak jauh, contohnya Yahoo Messenger Windows Live Messenger boleh dimuat turun untuk mesej segera. Tapi terdapat banyak kekurangan dan kelebihan apabila berkomunikasi melaui video tetapi ainya menjadi kebiasaan di masa depan.
- Berdasarkan artikel ini, apa yang dapat saya rumuskan ialah kehidupan kita semakin moden dan perjalanan hidup di Malaysia juga berubah. Keluarga bertambah kecil. Bagaimanapun corak kehidupan akan berubah kerana berdasarkan kajiselidik yang telah dijalankan, 56% orang tua Malaysia tidak mempunyai rancangan untuk berpindah .Mereka lebih gemar tinggal di rumah sendiri dengan persekitaran selesa untuk beristirehat tanpa sebarang gangguan.