Ulasan Artikel ~ 2





  • Artikel ke2 ini bertajuk "Highly-Cherished".
  • Tajuk ini memeng menarik untuk dibincangkan. Namun apa jua keputusan yang diambil dalam perbincangan ini ia tetap ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Apapun ia bergantung kepada setiap individu itu sendiri untuk menggunakan kearah kebaikan atau keburukan.
  • Kita tidak dapat nafikan tentang kemunculan pelbagai jenis peranti yang telah muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ini. Keperluanya memang tidak perlu di pertikaikan lagi. Ia merupakan keperluan bagi setiap individu.
  • Disini kita dapat lihat bahawa setiap individu memerlukan barangan elektronik ini untuk melengkapkan kehidupan mereka.Barangan-barangan elektronik seperti telefon bimbit,kamera,mp3,ipod,laptop dilihat barangan yang perlu ada dan sentiasa dibawa bersama tidak kira kemana jua.
  • Peredaran zaman telah membawa kita dengan kemunculan pelbagai kemudahn terkini yang telah banyak membantu usan seharian manusia. Hal ini dapat dilihat dalam bidang elektronik yang telah berkembang pesat dan mencipta banyak perubahan.
  • Contohnya dalam bidang komunikasi, berbagai jenis telefon telah dicipta. Daripada sebesar pemeluk sehinggalah sekecil tapak tangan. Hal ini telah diakui diseluruh dunia. Pada awal kemunculannya ia hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Namun kini hampir semua orang memiliki telefon bimbit ini. Ada sesetengah inividu tidak dapat hidup tanpa barangan ini.
  • Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian internet, permainan, bluetooh, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerimagambar dan video.
  • Dengan semua keistimewaan yang dimiliki oleh telefon bimbit inilah yang menyebabkan semua golongan perlu memiliki sebagai satu keperluan dalam kehidupan harian mereka.
  • Selain itu peredaran teknologi dalam penciptaan computer juga sangat ketara. Contohnya diawal kemunculan computer yang besar dan berat sehingga mencecah 50kg tapi kini kita dapat menjumpai computer yang lebih kecil dan ringgan. Malah ada yang hanya mempunyai berat 2.0kg sahaja. Selain itu kita juga dapat membawanya kemana-mana sahaja.
  • Bagi golongan remaja dan belia kini memganggap semua peranti elektronik seperti telefon bimbit, computer riba, ipod dan PDA sebagai barang keperluan yang perlu mereka miliki. Rasanya tidak lengkap hidup golongan ini tanpa alat-alat ini.
  • Rata-rata golongan remaja memerlukan semua keprluan ini bagi mereka melaksanakan tugasan, mencari maklumat atau berhubung dengan orang lain. Malah mereka boleh membawa kemana-mana sahaja tanpa sebarang gangguan.
  • Dengan kemudahan WiFi Spot yang telah ditawarkan oleh semua syarikat telekomunikasi negara, memudahkan semua pelajar mengakses jalur lebar tanpa sempadan.
  • Selain itu, PS2 atau MP3 yang diperkenalkan dipasaran juga telah menarik minat banyak golongan belia ini untuk memiliki. Ini adalah salah satu cara untuk mereka menghabiskan masa terluang yang mereka ada.
  • Mereka menggunakan laptop untuk menyelesaikan tugasan, berinteraksi dengan kawan-kawan, mendengar muzik dan sebagainya.
  • Dengan handphon mereka dapat menghubungi dan berinteraksi dengan keluarga, rakan-rakan atau pun orang tersayang bagi bertanya khabar, bercakap hal semasa atau sebagainya. Dengan teknologi sebegini akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Selain itu handphon juaga dapat mengigatkan seseorang tentang kerja yang perlu dilaksanakan atau temujanji yang perlu dihadiri.

0 comments:

Post a Comment

HASLIZA

HASLIZA

TENTANGKU

Just call me liza, seorang yag simple, happy person, friendly, charitable, independent and also kind. Tapi kebanyakan orang yang first time kenal aku mesti ckp aku sombong..nape yer? apa2 jer lah..itukan persepsi orang..tapi yang pastinya jika xkenal maka xcinta hehehe ;-)