- Artikel ini bertajuk "Communicating for a new age".
- Artikel ini membincangkan tentang perubahan komunikasi yang berlaku dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman.
- Mengikut Carol Kinsey Goman iaitu penulis artikel ini, komunikasi setaip generasi akn berubah-ubah dan kesannya dapat dilihat dalam sector pekerjaan. Menurutnya lagi setiap generasi yang memasuki alam pekerjaan akan membawa cara baru dalam bidang yang mereka ceburi.
- Kadang-kadang bila komunikasi yang berbeza-beza dari setiap manusia yang kita kenali dalam hidup membuatkan kita ada satu pengalaman untuk berinteraksi dengan orang lain samada dalam keadaan formal atau tidak formal. Fenomena ini akn mewujudkan kepelbagaian cara dalam berinteraksi di setiap sector pekerjaan.
- Generasi yang telah wujud dapat dibahagikan seperti berikut:
i)veteran generation=1927-1945,
ii)baby boomers=1946-1964,
iii)generation x=1965-1983,
iv)generation y=1984-sekarang - setiap organisasi pastinya ingin memiliki pekerja yang berdaya saing dari generasi-y yang pastinya mahir dalam semua bidang. Ini adalah kerana generasi yang celik IT menjadi rebutan setiap sector bagi membantu meningkatkan lagi empayar mereka. Selain itu dengan ilmu dan kemahiran yang mereka ada dlm bidang IT akan membantu mereka menyelesaikan setiap tugasan atau permasalahan dengan mudah dan cepat.
- Pada zaman serba moden dengan kecanggihan teknologi pelbagai peranti elektronik, memerlukan setiap individu mahir dalam menggunakan teknologi seperti computer, mengakses internet dan sebagainya. Selain itu perhubungan setiap pekerja juga akan menjadi mudah dengan kemunculan e-mail, mesagger, chat room dan sebagainya.
Perhubungan cara ini merupakan salah satu alternative selain berinteraksi secara bersemuka. - Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi juga banyak mempengarui cara setiap individu itu berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain. Namun begitu, jika cara berkomunikasi terdahulu masih releven dan efektif, tidak salah untuk kita menggunapakainya asalkan maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak.
- Daripada pemahaman saya kesimpulan yang boleh dibuat ialah ternyata setiap generasi ada cara tersendiri dalam berkomunikasi dan kita perlu menerima hakikat bahawa dunia akan terus berkembang kehadapan dan manusia yang buta dalam menggunakan knologi akan ketinggalan kerana tidak memafaatkan peluang yang ada.
0 comments:
Post a Comment