- Artikel ke2 ini bertajuk "Highly-Cherished".
- Tajuk ini memeng menarik untuk dibincangkan. Namun apa jua keputusan yang diambil dalam perbincangan ini ia tetap ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Apapun ia bergantung kepada setiap individu itu sendiri untuk menggunakan kearah kebaikan atau keburukan.
- Kita tidak dapat nafikan tentang kemunculan pelbagai jenis peranti yang telah muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ini. Keperluanya memang tidak perlu di pertikaikan lagi. Ia merupakan keperluan bagi setiap individu.
- Disini kita dapat lihat bahawa setiap individu memerlukan barangan elektronik ini untuk melengkapkan kehidupan mereka.Barangan-barangan elektronik seperti telefon bimbit,kamera,mp3,ipod,laptop dilihat barangan yang perlu ada dan sentiasa dibawa bersama tidak kira kemana jua.
- Peredaran zaman telah membawa kita dengan kemunculan pelbagai kemudahn terkini yang telah banyak membantu usan seharian manusia. Hal ini dapat dilihat dalam bidang elektronik yang telah berkembang pesat dan mencipta banyak perubahan.
- Contohnya dalam bidang komunikasi, berbagai jenis telefon telah dicipta. Daripada sebesar pemeluk sehinggalah sekecil tapak tangan. Hal ini telah diakui diseluruh dunia. Pada awal kemunculannya ia hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Namun kini hampir semua orang memiliki telefon bimbit ini. Ada sesetengah inividu tidak dapat hidup tanpa barangan ini.
- Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan GSM tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagi capaian internet, permainan, bluetooh, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerimagambar dan video.
- Dengan semua keistimewaan yang dimiliki oleh telefon bimbit inilah yang menyebabkan semua golongan perlu memiliki sebagai satu keperluan dalam kehidupan harian mereka.
- Selain itu peredaran teknologi dalam penciptaan computer juga sangat ketara. Contohnya diawal kemunculan computer yang besar dan berat sehingga mencecah 50kg tapi kini kita dapat menjumpai computer yang lebih kecil dan ringgan. Malah ada yang hanya mempunyai berat 2.0kg sahaja. Selain itu kita juga dapat membawanya kemana-mana sahaja.
- Bagi golongan remaja dan belia kini memganggap semua peranti elektronik seperti telefon bimbit, computer riba, ipod dan PDA sebagai barang keperluan yang perlu mereka miliki. Rasanya tidak lengkap hidup golongan ini tanpa alat-alat ini.
- Rata-rata golongan remaja memerlukan semua keprluan ini bagi mereka melaksanakan tugasan, mencari maklumat atau berhubung dengan orang lain. Malah mereka boleh membawa kemana-mana sahaja tanpa sebarang gangguan.
- Dengan kemudahan WiFi Spot yang telah ditawarkan oleh semua syarikat telekomunikasi negara, memudahkan semua pelajar mengakses jalur lebar tanpa sempadan.
- Selain itu, PS2 atau MP3 yang diperkenalkan dipasaran juga telah menarik minat banyak golongan belia ini untuk memiliki. Ini adalah salah satu cara untuk mereka menghabiskan masa terluang yang mereka ada.
- Mereka menggunakan laptop untuk menyelesaikan tugasan, berinteraksi dengan kawan-kawan, mendengar muzik dan sebagainya.
- Dengan handphon mereka dapat menghubungi dan berinteraksi dengan keluarga, rakan-rakan atau pun orang tersayang bagi bertanya khabar, bercakap hal semasa atau sebagainya. Dengan teknologi sebegini akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Selain itu handphon juaga dapat mengigatkan seseorang tentang kerja yang perlu dilaksanakan atau temujanji yang perlu dihadiri.
Ulasan Artikel ~ 2
Ulasan Artikel ~ 1
- Artikel ini bertajuk "Communicating for a new age".
- Artikel ini membincangkan tentang perubahan komunikasi yang berlaku dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman.
- Mengikut Carol Kinsey Goman iaitu penulis artikel ini, komunikasi setaip generasi akn berubah-ubah dan kesannya dapat dilihat dalam sector pekerjaan. Menurutnya lagi setiap generasi yang memasuki alam pekerjaan akan membawa cara baru dalam bidang yang mereka ceburi.
- Kadang-kadang bila komunikasi yang berbeza-beza dari setiap manusia yang kita kenali dalam hidup membuatkan kita ada satu pengalaman untuk berinteraksi dengan orang lain samada dalam keadaan formal atau tidak formal. Fenomena ini akn mewujudkan kepelbagaian cara dalam berinteraksi di setiap sector pekerjaan.
- Generasi yang telah wujud dapat dibahagikan seperti berikut:
i)veteran generation=1927-1945,
ii)baby boomers=1946-1964,
iii)generation x=1965-1983,
iv)generation y=1984-sekarang - setiap organisasi pastinya ingin memiliki pekerja yang berdaya saing dari generasi-y yang pastinya mahir dalam semua bidang. Ini adalah kerana generasi yang celik IT menjadi rebutan setiap sector bagi membantu meningkatkan lagi empayar mereka. Selain itu dengan ilmu dan kemahiran yang mereka ada dlm bidang IT akan membantu mereka menyelesaikan setiap tugasan atau permasalahan dengan mudah dan cepat.
- Pada zaman serba moden dengan kecanggihan teknologi pelbagai peranti elektronik, memerlukan setiap individu mahir dalam menggunakan teknologi seperti computer, mengakses internet dan sebagainya. Selain itu perhubungan setiap pekerja juga akan menjadi mudah dengan kemunculan e-mail, mesagger, chat room dan sebagainya.
Perhubungan cara ini merupakan salah satu alternative selain berinteraksi secara bersemuka. - Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi juga banyak mempengarui cara setiap individu itu berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain. Namun begitu, jika cara berkomunikasi terdahulu masih releven dan efektif, tidak salah untuk kita menggunapakainya asalkan maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak.
- Daripada pemahaman saya kesimpulan yang boleh dibuat ialah ternyata setiap generasi ada cara tersendiri dalam berkomunikasi dan kita perlu menerima hakikat bahawa dunia akan terus berkembang kehadapan dan manusia yang buta dalam menggunakan knologi akan ketinggalan kerana tidak memafaatkan peluang yang ada.
1st post !!
Assalamualaikum semua. Saya Norhaslizawati Binti Taib, pelajar komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) membangunkan blog ini bagi memenuhi keperluan subjek Pengantar Teknologi Komunikasi CCT1023. Alhamdulilah saya berjaya membangunkan blog ini walaupun belum ada pengalaman menbina blog sendiri. Ini juga atas tunjuk ajar pensyarah iaitu Pn.Syamsul Nurin yang banyak membantu dengan memberi maklumat terperinci dalam proses pembinaan blog.
Kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam pembinaan blog ini diharap dapat memanfaatkan teknologi yang ada ini untuk berhubung, berbincang atau memberi komen yang berguna mengenai subjek yang kita ambil ini.
Dan akhir sekali saya ucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog saya ini.